Monday, 1 December 2014

18,253 Peminjam Tegar PTPTN Serah Diri

Kuala Lumpur: Selepas lebih 10 tahun menyepi, 18,253 peminjam tegar PTPTN tampil menyerah diri kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mengelak rekod buruk mereka, ingkar membayar pinjaman dipaparkan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mulai 1 Januari ini.

Walaupun jumlah itu masih rendah berbanding 173,985 peminjam tegar yang diburu PTPTN, namun baki mereka yang ingkar mempunyai tempoh sepanjang bulan ini untuk tampil berunding mencari penyelesaian secara menstruktur bayaran balik atau membayar sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment