Wednesday 19 November 2014

8 Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Terengganu

gambar hiasan

Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, lapan pusat pemindahan banjir dibuka di tiga daerah di Terengganu melibatkan 1,268 mangsa banjir daripada 286 keluarga.
Menurut portal etindakan.terengganu.gov.my, empat pusat pemindahan banjir dibuka di Kuala Terengganu dengan jumlah 224 keluarga telah dipindahkan.
SK Kompleks Gong Badak mencatatkan permindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 697 orang, Dewan Sivik Gong Badak (195), SK Chendering (87) dan SK Gong Tok Nasek (8).
Di Marang 54 keluarga telah dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir telah dibuka di SMK Seri Payong (183 orang) dan SK Rusila (68 orang).
Sementara itu, lapan keluarga telah dipindahkan di Setiu.
12 mangsa banjir dari tiga keluarga telah didaftarkan di Balairaya Kampung Sungai Lerek dan 18 orang di Surau Kampung Sungai Pinang membabitkan lima keluarga.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan dijangka bertambah menjelang awal pagi ini.

No comments:

Post a Comment