Wednesday 19 November 2014

INFO Banjir : Amaran Angin Kencang dan Hujan Lebat

                                                   AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
banjir
SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERKAPALANI) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore dijangka berterusan sehingga Rabu, 19 November 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
II) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Samui, Reef North dan Layang-layang dijangka berterusan sehingga Rabu, 19 November 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
III) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH – kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Condore dan Reef North dijangka berterusan sehingga pagi, Rabu, 19 November 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu, 19 November 2014.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Rabu, 19 November 2014.
II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH -kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sarawak (Mukah, Rejang & Kuching) dijangka berterusan sehingga pagi, Rabu, 19 November 2014.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

No comments:

Post a Comment