Wednesday 19 November 2014

Kilang Roti Penuh Najis Tikus Diarah Tutup

                  

GEORGETOWN – Sebuah kilang roti diarahkan supaya menutup operasi selama dua minggu oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kerana gagal mematuhi piawan kebersihan.
Kilang yang dimaksudkan adalah milik pengeluar roti terkemuka iaitu Patchee Bakery yang terletak di jalan Datuk Keramat.
Serbuan yang dilakukan pihak kesihatan mendapati persekitaran kilang bukan sahaja amat kotor malah dipenuhi lipas, najis tikus dan lipan.
Kegagalan mematuhi etika kebersihan juga menjadi salah satu sebab penutupan. Para pekerja didapati tidak berpakaian bersih, berseluar pendek, tidak memakai kasut, berkuku panjang dan tidak menutup kepala.
Suasana kilang berkenaan amat kotor ditambah dengan lebihan-lebihan doh yang di buang atas lantai. Minyak yang digunakan untuk menguli doh pula telah tercemar dengan rambut pekerja selain troli-troli yang disusun doh diletakkan di tepi pintu masuk tandas.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Ku Nafisah Ku Ariffin.

  Kilangroti1
                                                                                                                                                                                                           

No comments:

Post a Comment