Wednesday 30 December 2015

Belia Sokong Kerajaan Menolak No Plat Yang Mahal

Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu Merangkap Pegawai Kluster Belia Yab Dato' Seri Menteri Besar Terengganu
Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu Merangkap Pegawai Kluster Belia Yab Dato’ Seri Menteri Besar Terengganu
Kenyataan Majlis Belia Negeri Terengganu.
Terima Kasih YAB Dato Seri, Belia Terengganu amat menghargainya.
1. Majlis Belia Terengganu amat menghargai & menyokong keputusan YAB Dato Seri Ahmad Abdul Rahman yang menyatakan Kerajaan Negeri akan menolak nombor plat TTB berharga lebih dari RM 2000.00 yang telah dibida.
Keputusan kerajaan negeri menggambarkan keperihatinan kerajaan terhadap dasar jimat cermat di zaman kesuraman ekonomi negara.
2. Sebagaimana yang kita maklum bahawa nombor plat TTB telah dikeluarkan oleh JPJ dengan tender terbuka. Melalui tender terbuka ini, sudah pasti pembida tertinggi akan dapat memiliki nombor plat berkenaan.
3. Pada kami , saf kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu , nombor plat ini tidak sepenting mana, yang lebih penting ialah kita memberi khidmat terbaik kepada rakyat, mengurangkan beban rakyat serta mewujudkan suasana yang harmoni buat rakyat Terengganu.
4. Mewakili belia & beliawanis Terengganu saya merakamkan uacapan Terima kasih & tahniah kerana mengambil tindakan tersebut. Inilah keperihatinan seorang ketua kerajaan yang sentiasa bersama rakyat dimasa susah & senang.
Zaidi Muda
Majlis Belia Terengganu.

No comments:

Post a Comment