Wednesday 30 December 2015

Banjir : 22 Pusat Pemindahan Banjir Telah Ditutup

IMG-20151229-WA0049


Jumlah mangsa banjir di Terengganu mencatatkan penurunan dari semalam dan pada jam 9.30 pagi ini seramai 938 orang daripada 228 keluarga di 14 buah pusat pemindahan banjir Kemaman dan Dungun.
Ia bertambah sedikit berkurangan daripada jumlah malam tadi iaitu seramai 1,018 orang daripada 270 keluarga kerana faktor cuaca yang baik memanin peranan itu.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), pusat pemindahan yang masih dibuka ialah sebanyak 14 buah sementara 22 pusat telah ditutup semalam.
Daerah Kemaman kekal merekodkan mangsa paling ramai iaitu 719 orang daripada 161 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.
Manakala Dungun mencatatkan 219 mangsa daripada 67 keluarga dan ditempatkan di empat pusat pemindahan.
Bilik gerakan banjir kini beroperasi 24 jam dan orang ramai boleh menghubungi talian 09-6236655 atau 09-6236644 bagi mengetahui perkembangan banjir di negeri ini.
IMG-20151230-WA0007

No comments:

Post a Comment