Tuesday 24 November 2015

Kerajaan Tanggung Subsidi Rumah Mampu Milik (RPMM) Rm72,341 Bagi Setiap Unit

20151123212703

Seramai 116 ketua keluarga yang tinggal diatas tanah kerajaan menerima Kunci Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Pulau Duyung , Kuala Terengganu hari ini.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 71 penerima telah menerima kunci dan 45 penerima surat tawaran Rumah Pangsa Mampu Milik tersebut.
”usaha kerajaan membantu rakyat dengan mengurangkan harga RMM) di Terengganu sebanyak RM7,000.00 iaitu daripada RM75,000.00 seunit kepada RM68,000.00 seunit”
“penghapusan 5.5% kadar faedah bayar balik membolehkan penerima Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) membayar hanya
RM189.00 sebulan tidak termasuk yuran pengurusan selama 30 tahun”

“Kerajaan juga memberi subsidi sebanyak harga rumah RPMM itu sebanyak RM72,341.00 bagi setiap unit di RPMM Pulau Duyong ini iaitu 51.5% daripada kos seunit .
“Bagi projek RPMM Pulau Duyong ini, kos keseluruhan bagi seunit rumah adalah RM140,341.00“katanya dalam ucapan di majlis penyampaian kunci Rumah RPMM di Pulau Duyung hari ini.
Turut Hadir Dato’ Haji Osman bin Muda,Setiausaha Kerajaan Terengganu dan Dato’ Haji Tengku Putera bin Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri.
Selain dari itu , Ahmad Razif memberitahu Projek ini telah mendapat Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC/CF) pada 7 Oktober 2015.

No comments:

Post a Comment