Tuesday 17 November 2015

2,588 Kesemua A – UPSR TERENGGANU 2015

IMG20151117100227

Terengganu Terus Cemerlang Dalam UPSR – Transformasi Pendidikan
Terengganu terus melakar sejarah tersendiri dengan mengungguli kecemerlangan dalam bidang pendidikan negara apabila merekodkan keputusan terbaik dan mengatasi pencapaian peringkat nasional dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan serentak, hari ini.
Dengan hasil usaha yang gigih warga pendidik Terengganu dan ditambah dengan kecaknaan kerajaan negeri Terengganu menerusi prinsip transformasi (Transformasi Pendidikan) yang dibawa kerajaan serta Yab Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. 
Bertempatan dengan “Terengganu Bumi Anjung Ilmu” kini menuju sasaran yang ditetapkan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri sebanyak 20% kesemua A dan peningkatan dari tahun ke tahun.
Seramai 20,121 orang pelajar yang menduduki peperiksaan tahun ini  mendapat Cemerlang semua A seramai 2,558 orang dan 12.70 peratus mengatasi rekod pencapaian tahun lepas 12.10 peratus.

No comments:

Post a Comment