Thursday 19 November 2015

2,393 Peluang Pekerjaan Baru Diwujudkan Dalam Sektor Kebersihan – Ahmad Razif

TANDAS

Kuala Terengganu : Pelancaran Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2015 yang disempurnakan oleh Yab Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Dataran Batu Burok pagi ini .

Dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum ini, Terengganu telah dipilih menjadi tuan rumah semperna Hari Tandas sedunia peringkat kebangsaan tahun ini oleh pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mana Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menjadi tuan rumah bagi pelancaran tersebut.

Menurut Ahmad Razif, penglibatan semua melambangkan satu komitmen untuk memupuk sikap amalan kebersihan supaya tersemai dalam diri masing-masing.

“Kerajaan Negeri melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) begitu cermat dan berhati-hati dalam usaha untuk  menjadikan Negeri Terengganu Terbersih agar impak kepada rakyat dapat dirasai bukan sekadar didengar dan dilihat”

“Bersih‟ dalaman tidak dikesampingkan serta hati dan jiwa yang bersih akan membuahkan hasil yang bermanafaat kepada masyarakat”

“Kerajaan negeri dengan kerjasama pelbagai jabatan telah Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Kampung, Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Premis Makanan, Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Jabatan Pendidikan dan Tadika bagi merealisasi budaya bersih dalaman dan luaran menjadi gaya hidup masyarakat negeri ini, katanya dalam ucapan perasmian pagi ini.

Sehubungan dengan itu kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM71.5 juta  bagi tahun 2016 dan menambah zon pembersihan dengan peluang pekerjaan yang baru dalam bidang ini sebanyak 2,393 orang juga akan dapat diwujudkan.

“kita telah membuka peluang pekerjaan ini bagi anak-anak tempatan yang mana secara tidak langsung akan memberi impak yang baik kepada masyarakat dan menstabilkan ekonomi tempatan dengan kewujudan peluang pekerjaan ini”

“bagi kebersihan tandas juga merupakan salah satu agenda dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu yang mengharapkan slogan Terengganu TerBersih menjadi realiti”

“Pada tahun ini Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM230,554.00 untuk menaik taraf tandas-tandas awam di seluruh  Terengganu berbanding RM665,750.00 pada tahun 2014”

“Bagi pihak Kerajaan Negeri saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kementerian dan  Kerajaan Persekutuan kerana telah membantu kita(Terengganu) dengan  program My Beautiful Malaysia (MyBM) yang mana telah memperuntukan sebanyak RM2,390,000.00 juta bagi tujuan yang sama, iaitu menaik taraf tandas-tandas awam yang melibatkan 23 projek di seluruh Terengganu khasnya”, ujurnya.

No comments:

Post a Comment