Monday 28 September 2015

3 maut, 3 cedera kemalangan 4 kereta di LPT2 dekat Kijal (10 Gambar)

Kereta Toyota Vios yang terbalik selepas terlibat kemalangan di LPT2 berhampiran Kijal.

Kereta Toyota Vios yang terbalik selepas terlibat kemalangan di LPT2 berhampiran Kijal.

3 orang maut  manakala 3 yang lain cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Kijal pagi tadi.
Nahas yang melibatkan 4 buah kenderaan Honda Civic, Toyota Vios, Proton Waja dan Hyundai Gets itu berlaku di kilometer 313.7 lebuhaya Kerteh – Kijal kira-kira jam 8 pagi.
Menurut sumber, punca kejadian bermula daripada kereta Toyota vios telah memandu laju sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik sebelum 3 buah kereta dari arah sama yang gagal mengelak lalu merempuh mangsa.
Punca mangsa maut pula dikatakan kereta honda Civic yang dipandu dengan laju dan terbabas seterusnya melanggar mangsa yang ketika itu berada di lorong kecemasan.
Kejadian berlaku dalam cuaca hujan lebat dan kemungkinan jalan licin mengakibatkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.
Identiti mangsa yang maut dan cedera sedang dikenal pasti oleh pihak polis. -z

4 kenderaan terlibat kemalangan di LPT2 dekat Kijal.
4 kenderaan terlibat kemalangan di LPT2 dekat Kijal.

IMG-20150928-WA0022IMG-20150928-WA0023IMG-20150928-WA0024IMG-20150928-WA0025IMG-20150928-WA0026IMG-20150928-WA0027IMG-20150928-WA0028IMG-20150928-WA0030

No comments:

Post a Comment