Thursday 6 August 2015

Serpihan Sah Milik MH370 - PM




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan 

pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat 

Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. 


Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar
 
antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370

 selepas 515 hari kehilangannya. "Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal 

pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit.

 "Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat 

MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. Kehilangan mereka akan terus diingati," 

katanya dalam sidang media khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. 


No comments:

Post a Comment