Tuesday 28 July 2015

Sumbangan kerusi roda ringankan beban Che Shukry



Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang pemuda yang lumpuh akibat penyakit strok apabila kesusahan yang dihadapinya mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku Adun Seberang Takir.
Che Shukry Awin, 34 tahun, melahirkan perasaan terharu dan gembira selepas menerima sumbangan sebuah kerusi roda baharu daripada wakil Ahmad Razif, En Zuemi Abdullah yang juga merupakan Pengerusi J3K Kubang Badak bagi meringankan penderitaanya selain sebagai kemudahan baginya melakukan aktiviti seharian.
Che Shukry yang diserang strok sejak setahun yang lalu tidak dapat bekerja kerana lumpuh separuh badan dan hanya bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM200 sebulan. Beliau sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori ais dan merupakan anggota Rela yang aktif.
“Disebabkan penyakit dialami itu, saya lumpuh dan tidak mampu berjalan sehingga sekarang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Batin Perdana, Seberang Takir semalam.
Sementara itu, Zuemi memberitahu bantuan itu bertujuan meringankan beban Che Shukry berikutan keadaannya yang lumpuh separuh badan.
“Saya berharap kerusi roda ini akan memudahkan isterinya menjaga beliau termasuk memudahkan mereka membuat pemeriksaan di hospital.

No comments:

Post a Comment