Tuesday 30 June 2015

Pian Pendek lari dari lokap, polis giat buru suspek (3 Gambar)


Suspek kes tahanan OKT melarikan diri dari lokap mahkamah.
Seorang lelaki yang menjadi tahanan OKT (Orang Kena Tuduh) telah melarikan diri dari lokap Mahkamah Kuala Terengganu semalam.
Suspek yang bernama Sapian Ali, 28 tahun berasal dari Kampung Dusun Kuala Ibai telah meloloskan diri dengan berpakaian lokap dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang.
Lokasi terakhir suspek dilihat di Gong Kapas dan Bukit Kecil berbaju hitam.
Sapian atau lebih dikenali sebagai Pian Pendek sedang menjalani perbicaraan mahkamah kes dadah dan pernah dipenjara kerana terlibat kes ragut sebelum ini.
Susulan daripada itu, pihak polis kini giat melakukan operasi memburu suspek yang dipercayai masih berada dalam negeri ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat individu yang mencurigakan boleh melaporkan kepada pihak berkuasa dengan segera. 

No comments:

Post a Comment