Sunday 14 June 2015

Mayat Bayi Tiada Tangan Dijumpai


jasad bayi yang dibuang di tepi sungai
jasad bayi yang dibuang di tepi sungai
Butterworth: Kejam. Itu ungkapan sesuai buat individu yang tergamak membuang bayi sebelum kedua-dua tangan insan tidak berdosa itu dibaham anjing manakala kepala pula terputus dalam kejadian di tepi sungai berhampiran kilang gula, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mayat bayi perempuan berkenaan ditemui seorang lelaki yang ketika itu sedang berehat di sebuah pondok kira-kira 20 meter dari lokasi.
Menurut sumber, lelaki berusia 51 tahun terbabit pada mulanya menyangkakan anjing berkenaan menggonggong anak anjing, namun dia pelik kerana melihat haiwan terbabit menggigit dengan rakus objek itu.
“Lelaki itu kemudian menghampiri anjing terbabit dan terkejut apabila melihat ia sedang membaham mayat bayi sebelum dia menghalaunya.
“Dia kemudian meminta bantuan rakannya menghubungi polis untuk tindakan susulan,” katanya.
Menurutnya, sepasukan anggota forensik tiba di lokasi kejadian dan siasatan mendapati tangan bayi itu sudah hilang kerana dipercayai dimakan anjing- hmetro.com

No comments:

Post a Comment