Sunday 14 June 2015

T-Team tanggung kos penghantaran pulang jenazah Oniya


IMG-20150614-WA0020
YB Datuk Rozi Mamat Bersama skuad Sukarelawan TTB di lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk membawa misi ke bantuan mangsa Gempa Sabah hari ini

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri minta pengurusan pasukan T-Team supaya mengurus dan menanggung penghantaran pulang mayat mendiang David Faramola Oniya ke negaranya.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat, berkata pihaknya akan berbincang dengan kedutaan Nigeria proses yang perlu dilakukan bagi membolehkan mayat mendiang dihantar pulang secepat mungkin.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah berhubung dengan bapa mendiang di Nigeria dan isterinya yang kini berada di Uzbekistan.
“Bedah siasat mendapati pemain ini mengalami masalah klasifikasi jantung. Mayat mendiang (Oniya) masih lagi berada di Kota Bharu dan saya sudah arahkan pengurusan T-Team supaya menguruskan segalanya termasuk menanggung kos penghantaran pulang ke Nigeria.
“Kita (kerajaan negeri) sedih dengan apa yang berlaku kerana kejadian ini adalah yang pertama di dalam Liga Malaysia (Liga M).
“Justeru, saya mewakili seluruh rakyat dan penyokong mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang,” katanya ditemui pada majlis pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi Skuad TTB ke Sabah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), hari ini.
Pertahanan T-Team, Oniya rebah sebelum meninggal dunia ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Pemain pertahanan kelahiran Lagos, Nigeria itu tiba-tiba rebah ketika perlawanan baru berlangsung tiga minit. Pemain berusia 30 tahun itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan disahkan meninggal dunia jam 10.05 malam tadi-bharian.

No comments:

Post a Comment