Tuesday 16 June 2015

Mahasiswa PERMATA bangga sukarelawan TTB tabur bakti di Sabah


Ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu ( PERMATA ) cawangan Universiti Malaysia Sabah ( UMS ) bergambar bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu Dato ' Rozi Mamat di Kota Kinabalu.
Ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bergambar bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu Dato ‘ Rozi Mamat di Kota Kinabalu semalam.
Mahasiswa PERMATA bangga sukarelawan TTB tabur bakti di Sabah

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) cawangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berbangga dan kagum dengan kesungguhan Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu ( SSTTB) yang datang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan negeri Sabah untuk disampaikan kepada mangsa gempa bumi di Ranau.

Yang DiPertuanya, saudari Siti Hajar Mohd Sapien berkata, usaha murni SSTTB ini memperlihatkan semangat ukhuwah yang tinggi walaupun berbeza negeri dalam membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Usaha kerajaan negeri Terengganu dan Skuad Sukarelawan TTB ini merupakan satu inisiatif gigih yang prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa gempa dan saya amat berharap misi kemanusiaan ini diteruskan di masa akan datang serta ia wajar dicontohi oleh negeri lain”.

“Walaupun berbeza negeri,  rakyat Terengganu dan PERMATA juga berkongsi perasaan simpati dengan bencana luar biasa yang tidak pernah berlaku sebelum ini” katanya kepada wartawan Terengganu Times di Kota Kinabalu.

Siti Hajar memberitahu beliau dan pelajar lain di UMS turut sama merasai gegaran ketika gempa bumi berlaku pada hari itu walaupun berada di Kota Kinabalu yang jaraknya 3 jam dari Ranau dan menyelami perasaan mangsa yang trauma selepas kejadian.

Beliau juga berharap pengguna media sosial lebih berhati-hati dalam memberi sebarang komen negatif tanpa merujuk maklumat sebenar sesuatu isu kerana adalah penting dalam menjaga persahabatan antara negeri-negeri di Malaysia.

Sumbangan dari kerajaan dan rakyat Terengganu untuk mangsa gempa bumi di Ranau Sabah.
Sumbangan dari kerajaan negeri dan rakyat Terengganu untuk mangsa gempa bumi di Ranau Sabah.
Sementara itu, bagi mantan Yang DiPertua PERMATA UMS saudara Muhamad Irsyadiman Allmuil, beliau terharu dengan usaha kerajaan Terengganu yang antara negeri terawal tampil menolong mangsa gempa bumi di Sabah.

“Saya sebagai rakyat Terengganu amat terharu dengan tindakan pantas kerajaan pimpinan YAB Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman selaku Menteri Besar yang menawarkan diri untuk memberi sumbangan”.

“Usaha ini merupakan satu solidariti 1 Malaysia dalam merasai keperitan yang dialami mangsa dan mahu program seumpama ini di perbanyakkan supaya dapat membantu lebih ramai golongan yang terjejas”.

Beliau turut memberi sokongan padu terhadap aktiviti yang dikelolakan Skuad Sukarelawan TTB seperti ini sebagai salah satu kaedah mendidik para sukarelawan khususnya belia untuk belajar sesuatu yang bermakna dan bernilai dari misi kemanusiaan yang disertai.

Dalam majlis yang sama, Irsyadiman juga memuji para belia yang menyertai pertubuhan seperti skuad sukarelawan TTB ini kerana ia dapat membentuk siasah dalam diri belia dan mengelakkan terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah sekaligus mendekatkan mereka dengan aktiviti kemasyarakatan.
-Terengganu Times-

No comments:

Post a Comment