Sunday 21 June 2015

Jutawan Stoking Promosi Terengganu Ke Mata Dunia

                                             


Kuala Terengganu : Walaupun beliau masih belum dikenali sebagai nama besar di dunia. Anak kelahiran negeri Terengganu, Johny Wong telah berjaya memasarkan produknya di beberapa rangkaian besar dunia dengan perniagaan stoking yang berjenamakan namanya sendiri.

Stoking berjenama Johny Wong yang menampilkan ciptaan khusus untuk perubatan dan juga fesyen telah dijual kepada separuh daripada populasi Amerika Syarikat menerusi Walmart sejak tahun 2006.

Wong yang berusia 35, juga memasarkan produknya ke Eropah, China, Taiwan, Singapura dan beberapa negara Asian yang lain, sehingga memperolehi keuntungan jutaan ringgit sejak memulakan perniagaannya sepuluh tahun yang lalu dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM250,000.00

Wong merupakan ketua eksekutif My Socks Malaysia Sdn Bhd. Yang mempunyai kilang mengait produk tersebut di Gong Badak, berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

"Ianya merupakan satu cabaran yang diutarakan oleh keluarga saya apabila meminta saya untuk mengeluarkan produk yang inovatif, sepertimana yang telah dilakukan oleh sebilangan rakyat Malaysia yang kini juga bergelar jutawan."

Jenama Johny Wong baru-baru ini telah mencipta rekabentuk konsep stoking untuk baju kebaya bagi peragaan Pesta Peranakan Antarabangsa negeri  Terengganu yang telah menarik perhatian pengunjung serta penonton bukan sahaja dari negeri ini malah pelancong luar.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman juga kagum dan memuji usaha Wong. “Menteri Besar menzahirkan keyakinannya terhadap produk saya setelah mencuba sepasang untuk dirinya sendiri. Beliau mengucapkan selamat maju jaya dan berharap saya mampu mempromosikan negeri Terengganu ke mata dunia."

Dalam Pesta Peranakan Antarabangsa baru-baru ini yang diadakan di Kampung Cina, sebanyak lebih 20,000 stoking berjenama Johny Wong yang berwarna warni habis dijual dalam masa yang singkat.

“Saya meletakkan harga serendah RM10 supaya orang ramai berkemampuan memilik stoking ini. Juga, ini adalah salah satu cara saya mempromosikan budaya kaum peranakan dan batik ke dunia,” ujar Wong.

Wong juga telahpun memulakan perniagaan stoking berasaskan kesihatan yang dipasarkan sekitar harga RM250 sepasang pada harga pasaran.

“Ianya mungkin merupakan produk yang bagus dipasarkan di pasaran dunia. Ditenun tangan, lembut, dan berasaskan teknologi nano untuk anti-kulat dan mikrobiologi.” Menurut Wong, ia juga membantu mengurangkan jangkitan kulit  di kaki bukan sahaja sesuai untuk orang awam tetapi juga golongan professional.


Wong yakin hanya dengan sekali mencuba jenamanya, orang ramai akan merasa selesa dan tidak akan mengubah kepada jenama lain. Wong juga telah mencuba kaedah pemasaran secara online di Facebook dan dijangka akan mengembangkan rangkaian perniagaanya ke India, Russia dan Indonesia dalam jangka masa terdekat.

No comments:

Post a Comment