Tuesday 23 June 2015

Jutaan Terima Kasih Yab Menteri Besar – Majlis Belia Terengganu


FB_IMG_1434983667136
              Belia Terengganu ucap Alhamdulillah & Terima Kasih Kerajaan Terengganu.


Kita melangkah hari ke 6 Ramadhan. Belia Terengganu adalah antara generasi Y yang amat bertuah. Baru baru ini YAB Dato Seri Menteri Besar Terengganu telah mengumumkan peningkatan Bantuan Pentadbiran buat persatuan belia yang aktif dari RM 2000 kepada RM 5000 setahun.

Kerajaan Terengganu meneruskan Program Bakti Remaja kepada belia yang berumur 21 hingga 40 tahun yang masih belum berkahwin serta berpendaptan kurang dari RM 1500.00 sebulan. Melalui program ini setiap belia atau orang muda akan diberi saguhati sebanyak RM 200.00 seorang sebagai menghargai sumbangan belia yang turut sama dalam proses pembangunan Terengganu tercinta. Disamping ia juga dapat digunakan sebagai persediaan bagi warga belia menyambut Idul Fitri yang menjelang tiba.

Bagi tahun 2015 seramai  87,676 org belia Terengganu akan mendapat manafaat dari program ini. Melihat kepada jumlah itu, pada perkiraan saya ia melibatkan sejumlah perbelanjaan yang agak tinggi. Ia meliputi pelbagai kategori belia termasuk mahasiswa yang berumur 21 tahun keatas turut mendapat faedah  dari program ini.

Sebagai Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih khususnya buat YAB Dato Seri Hj. Ahmad Razif bin Abdul Rahman , Menteri Besar Terengganu dan YB Dato Hj. Rozi bin Mamat, Pengerusi JK Belia, Sukan & Sumber Manusia Negeri yang bekerja kuat bagi merealisasikan program ini. Ia amat bertepatan dengan konsep dari belia, untuk belia & kepada belia serta konsep Transfomasi Terengganu Baharu ( TTB).

Buat Warga belia yang mendapat saguhati ini, gunakanlah ia kearah perkara kebaikan. Sekurang kurangnya dapat membuat persediaan utk menyambut ketibaan hari lebaran. Buat rakan rakan mahasiswa, mungkin ia boleh digunakan utk membeli bahan bahan keperluan untuk pembelajaran di Universiti.

Alhamdulillah & Terima kasih Terengganu.

Salam Ramadhan
ZM
Majlis Belia Negeri Terengganu.

No comments:

Post a Comment