Sunday 14 June 2015

Gempa Bumi : Sabah Tidak Sendirian, Terengganu antara yang terawal mengotakan janji – Awang Yahya


awang yahya
Awang Yahya, 50 Salah seorang penduduk Sabah yang turut merasai gegaran Gempa Bumi Sabah

Awang Yahya, 50 salah seorang penduduk Sabah yang turut merasai gempa bumi 6.0 Skala Richter yang meragut 18 nyawa 5 jun yang lalu menceritakan pengalaman beliau menghadapi situasi tersebut.
Bagaimana kali pertama mengalami gegaran gempa bumi “ketika saya di rumah jatuh pinggan mangkuk, walaupun jarak rumah saya di sipitang ke gunung kinabalu mengambil masa 3 jam tetapi gegarannya amat di rasai, buat ramai yang ketakutan ketika itu” kata Awang Yahya.
Beliau yang di temui Skuad Sukarelawan TTB juga menyatakan amat terharu dengan Kerajaan Negeri Terengganu terutama Y.A.B Dato’ Seri ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu yang begitu prihatinan dengan rakyat Sabah yang di timpa gempa bumi.
Bagi beliau Terengganu adalah negeri Terawal yang mengotakan janji menyumbangkan bantuan kepada Sabah.
“MB Terengganu cakap terus buat, selepas Sabah dan Serawak, Terengganu yang ketiga hari ini menghantar bantuan kepada mangsa gempa bumi, banyak negeri yang menyumbang tapi hari ini saya sendiri bersama berapa wakil Sukarelawan TTB Terengganu menghulurkan bantuan” Tambah Awang Yahya.
Beliau juga menyatakan di saat susah begini Sabah tidak bersendirian, negeri lain turut bersama ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa, terutama Kerajaan Negeri Terengganu.
Bagi beliau tiada apa yang dapatkan rakyat Sabah rasakan selain mengucapkan terima kasih dan jasa yang diberikan kerajaan Negeri Terengganu amat memberi makna pada mereka yang memerlukan.
Bagi beliau hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa Kerajaan Negeri Terengganu serta rombongan Skuad Sukarelawan TTB yang sanggup ke Sabah untuk misi Kemanusian.

No comments:

Post a Comment