Tuesday 9 June 2015

(11 Gambar) Remaja maut nahas motor-lori di Bukit Tok Beng


Keadaan selepas kemalangan di Kampung Bukit Tok Beng Kuala Nerus.
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum berlanggar dengan lori dalam kemalangan melibatkan 3 kenderaan yang berlaku di Kampung Bukit Tok Beng Kuala Nerus pagi tadi.
Selepas bertembung dengan mangsa, lori itu kemudian hilang kawalan dan melanggar kereta Proton Exora yang diletakkan di tepi jalan tersebut.
Menurut sumber terdekat, mangsa yang dipanggil sebagai Matras, 21 tahun dalam perjalanan untuk menghadiri temuduga kerja di sebuah resort di Pulau Duyong Kuala Terengganu.
Mangsa yang berasal dari Batu Buruk meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa berbaju merah.

No comments:

Post a Comment