Monday 11 May 2015

Tiket Piala FA Terengganu vs Lions XII Turun Harga



Harga tiket bagi perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 16 Mei ini diturunkan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman melalui laman sosialnya berharap agar dengan penurunan tersebut, peminat dapat hadir beramai-ramai bagi memenuhi stadium pada tarikh perlawanan itu.
“Saya telah bersetuju supaya harga tiket untuk perlawanan ini diturunkan daripada RM15 kepada RM10.
“Saya berharap semua penyokong bolasepak Terengganu dapat hadir beramai-ramai memenuhi stadium pada tarikh perlawanan nanti bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan kita supaya dapat mara sehingga ke peringkat akhir nanti,” katanya.
Pertemuan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura menyaksikan Lions XII menang tipis 2-1 ke atas Terengganu dan ianya adalah tugas sukar bagi skuad tersebut dalam perlawanan timbal balik yang akan berlansung di SSMZA
Perlawanan tersebut merupakan yang pertama selepas SSMZA siap dibaiki pada April lalu selepas sebahagian bumbung utamanya runtuh pada 2 Jun 2009 dan terpaksa ditutup untuk kerja baik pulih.
Stadium itu boleh memuatkan kira-kira 35,000 penyokong berbanding Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang boleh menampung 10,000 penyokong sahaja.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan aksi final Piala FA 2015 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei ini. – TEGANUKITA

No comments:

Post a Comment