Monday 11 May 2015

Tempahan Baju Pengatin Sudah di Buat arwah Nur Atikah – Mangsa Kebakaran Rusia


Arwah Nur Atikah  Telah Membayar deposit baju penganti dan plamin
Arwah Nur Atikah Telah Membayar deposit baju pengantin dan pelamin
PASIR PUTEH – Pelajar Malaysia, Nur Atikah  yang meninggal dunia selepas asrama yang didiami di Moscow, Rusia terbakar sudah membayar deposit RM500 untuk tempahan pelamin dan pakaian pengantin bagi majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada 28 Ogos nanti.
Pengurus Ymanja Bridal, Mohd Fairool Che Ayoub, 30, berkata, dia bersedia untuk memulangkan wang deposit tersebut kepada keluarga arwah kerana Nur Atikah merupakan sahabat yang baik.
Katanya, wang itu sekurang-kurangnya boleh digunakan keluarga untuk mengadakan kenduri arwah walaupun kebiasaannya wang deposit tidak dikembalikan.
“Saya anggap dia seperti ahli keluarga saya sendiri, apatah lagi pemergiannya ini cukup tragis yang menarik simpati seluruh negara,” katanya.
Menurutnya, arwah sentiasa menghubunginya dari Rusia menerusi aplikasi WhatsApp untuk berbincang mengenai majlis perkahwinannya.
“Kali terakhir dia menghubungi saya ialah pada 11 April lalu kira-kira pukul 8.56 malam untuk menyatakan persetujuan mengenai rekaan fesyen dan set pengantin yang akan disewa.
“Dia gembira dan berharap sangat agar saya membantu menjadikan majlis perkahwinannya lebih meriah walaupun diadakan secara sederhana,’ katanya ketika ditemui di butik Ymanja Bridal di Kampung Gong Genor di sini, semalam.
Katanya, Nur Atikah dan tunangnya, Dr Wan Mohamad Ikhwan Wan Ahmad Sayutti, 28, memilih konsep pelamin dan set pakaian pengantin bulan September tahun lepas.
Mohd Fairool berkata, Nur Atikah memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk mengurus hiasan pelamin dan hal-hal yang berkaitan sebagaimana yang telah dilakukan semasa majlis pertunangannya dahulu.
“Dia memilih pelamin gabungan konsep ‘garden’ dan ‘Arabian’ kerana mahu menampakkan kesesuaian dengan ciri muslimah.
“Pada awalnya dia hanya menempah satu kanopi, tetapi akhirnya meminta saya menambah satu lagi kerana mahu tetamu dan saudara mara lebih selesa,” katanya.
Katanya, walaupun set pakaian pengantin warna merah jambu itu tidak benar-benar menepati kehendaknya, Nur Atikah mempermudahkan urusan dengan memilih set tersebut.
“Sikap tidak cerewet arwah disenangi banyak pihak, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan berharap mereka redha dengan ketentuan ALLAH SWT,” katanya.
-Sinar-

No comments:

Post a Comment