Monday 18 May 2015

TDM Penyumbang Kekayaan Terengganu


Badrul-Hisham-Bin-Mahari
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TDM Berhad (TDM), Badrul Hisham Mahari melahirkan hasrat untuk menjadikan TDM sebagai penyumbang kepada kekayaan Terengganu yang mana hasilnya dapat disalurkan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat Terengganu
Pelaksanaan strategi yang tepat serta berani mengambil tindakan berbeza daripada pesaing antara faktor kejayaan TDM yang berjaya mencapai peningkatan pendapatan sebanyak 68 peratus daripada RM230.4 juta pada 2004 kepada RM386.1 juta pada 2014.
Malah keuntungan syarikat turut melonjak 249 peratus daripada RM15.6 juta kepada RM54.4 juta bagi tempoh sama.
Sejak 2007, TDM telah membayar dividen kepada semua pemegang saham termasuk pihak berkepentingan seperti kerajaan negeri Terengganu dan anak-anak syarikatnya.
“Jumlah bayaran dividen meningkat daripada RM4.3 juta yang dibayar pada tahun berkenaan kepada RM14.8 juta pada 2014.
“Kita juga memperuntukkan sebanyak dua peratus kepada kerajaan negeri bagi membantu usaha-usaha kemasyarakatan,” katanya dalam buku bersempena sambutan ulang tahun ke-50 TDM, hari ini.
Terdahulu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan ulang tahun syarikat itu pada satu majlis hari ini.
Badrul Hisham berkata, ketika ini TDM mempunyai 45,389 hektar ladang sawit di Terengganu serta Kalimantan di Indonesia dan dua buah kilang memproses buah sawit, masing-masing di Kemaman dan Sungai Tong (Setiu), manakala sebuah lagi kilang kini dibina di Kalimantan.
TDM turut menceburi sektor penjagaan kesihatan pada 1996 menerusi Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) di Petaling Jaya, Selangor dan Kuantan Medical Centre (KMC) di Kuantan, Pahang.
“Ini diikuti pembinaan Kuala Terengganu Specialist (KTS) pada 2006 manakala pada 2011 TDM telah membeli Taman Desa Medical Centre (TDMC) di Kuala Lumpur, katanya.

No comments:

Post a Comment