Thursday 21 May 2015

KPDNKK Terengganu Keluar Notis Kepada 51 Premis



KASTAMPejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) Terengganu setakat hari ini telah mengeluarkan 51 notis kepada peniaga sejak Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan pada 1 April lalu.
Daripada jumlah tersebut, jumlah notis yang dikeluarkan KPDNKK cawangan Kuala Terengganu sebanyak 26 notis, Kemaman dengan 16 notis, Dungun, 6, dan Besut, 3 notis.
Penolong Pengarah Kanan Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK Terengganu, Saidi Ismail berkata, kesemua 51 notis itu akan disisasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011.
Saidi turut memaklumkan bahawa, daripada 51 notis itu, terdapat dua kes yang dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan mahkamah kerana dikenalpasti terlibat dengan kesalahan kenaikan margin keuntungan bersih yang tidak munasabah di mana salah satunya melibatkan pasar raya besar.
Manakala, 49 notis selebihnya masih di dalam siasatan berikutan banyak maklumat yang perlu dikumpulkan dahulu di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 ini, sebelum tindakan susulan diambil,” katanya kepada pemberita dalam sidang media khas Pemantauan GST Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini.
Dalam pada itu, sepanjang operasi sehingga tempoh berkenaan, pihak KPDNKK telah mencatatkan 320 kes membabitkan 50,873 premis dengan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan RM807,365.75 melibatkan kompaun sebanyak RM43,000.
“Daripada jumlahkastamtrg 2 itu, Kuala Terengganu mencatat nilai kompaun tertinggi iaitu RM19,100, Dungun (RM14,600), Kemaman (RM6,600) dan Besut (RM3,000).
“Manakala nilai rampasan tertinggi ialah di Kemaman iaitu sebanyak RM501,483 diikuti Kuala Terengganu (RM151,046), Dungun (RM138,738) dan Dungun (RM16,098),” katanya
Selain itu, pejabat KPDNKK Terengganu turut melakukan pemantauan terhadap 253 barang secara mingguan dan 446 barang secara bulanan di premis perniagaan terpilih.
Dalam pada itu katanya, KPDNKK Terengganu turut membuat pemantauan terhadap barang keperluan utama khususnya barangan basah secara mingguan dan bulanan.
“Sebanyak 253 jenis barang kita pantau setiap minggu manakala 446 jenis barangan pula dipantau secara bulanan di premis dan lokasi terpilih.
“daripada pemantauan mendapati ada 32 barangan yang mengalami kenaikan manakala 19 lagi barang mengalami penurunan, namun harga barangan yang dipantau ini adalah barangan yang tidak berkaitan dengan pelaksanaan cukai baharu itu dan di luar kawalan,” katanya.

No comments:

Post a Comment