Wednesday 6 May 2015

Enam Pemain Badminton Terengganu sertai Kejohanan Terbuka Indonesia


Salah-seorang-peserta-terbaik-pada-siri-Kem-Badminton-Astro-tahun-lepas-773x1024
Persatuan Badminton Terengganu (PBT) memberi pendedahan kepada enam pemain badminton Sukan Malaysia (Sukma) 2016 pada Terbuka Bogor dan Terbuka Jakarta di Indonesia minggu depan.
Pengurus pasukan Azmi Mamat berkata mereka terdiri empat pemain lelaki dan dua wanita merupakan pemain harapan PBT untuk mendapat pingat pada Sukma 2016.
“Kami ada 30 pemain … enam pemain ini adalah pemain terbaik di Terengganu pada masa kini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari Isnin.
Beliau berkata ini merupakan pertama kali PBT menghantar pemain ke kejohanan di luar negara untuk menimba pengalaman bagi menghadapi Sukma 2016.
Menurut Azmi, Terbuka Bogor di Bandung akan berlangsung dari 9 hingga 13 Mei sementara Terbuka Jakarta dari 19 hingga 23 Mei.
Katanya pemain yang akan menggalas cabaran pada dua kejohanan itu ialah Faiz Rozain, Mohd Faris Zulkifli, M.Shahmi Mat Desa, M.Shahmi Abdillah, Noor Hazwani Hazair dan Tok Swee Sing.
Turut serta ketua jurulatih Syed Abu Bakar Syed Ali.
Azmi berkata pemain berkenaan telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam kejohanan sirkit remaja kebangsaan baru-baru ini.
Faiz Rozain dan Hazwani Hazair umpamanya masing-masing telah berjaya sampai ke peringkat separuh akhir acara perseorangan dalam kejohanan itu, katanya.
“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran (dua kejohanan di Indonesia) tetapi kalau mereka berjaya itu merupakan kejayaan yang terbaik,” katanya.

No comments:

Post a Comment