Sunday 5 April 2015

Sekretariat Khas Ditubuhkan Untuk Pantau GST Seluruh Terengganu


11039158_824216331004232_2512276470597001214_o
Kerajaan negeri Terengganu akan menubuhkan satu Sekretariat Khas bagi membantu pasukan penguat kuasa memantau harga barangan di pasar raya dan kedai runcit di negeri ini.
Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata ia juga bertujuan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) bermula Rabu lepas.
Sekretariat ini bakal yang dianggotai sukarelawan Transformasi Terengganu Baru (TTB) dan badan bukan kerajaan, bagi membantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengunaan (KPDNKK) bagi mengesan peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.
“Esok kita akan bincang bersama-sama kedua-dua jabatan itu bagi menerangkan fungsi dan peranan sekretariat ini sebelum menggerakkan secara menyeluruh pasukan yang ditubuhkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan harga di Pasaraya Mydin hari ini.
Beliau berkata sekretariat itu akan melakukan pemantauan harga mulai minggu depan.
Orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat berhubung peniaga yang mengambil kesempatan, boleh ke pejabat aduan yang terletak di Paya Keladi.
Ahmad Razif berkata pihak berkuasa dan sekretariat khas itu juga akan turun ke peringkat akar umbi bagi memberi penjelasan dan penerangan kepada penduduk kampung yang masih tidak jelas berkenaan pelaksanaan GST.

No comments:

Post a Comment