Wednesday 4 March 2015

MB Umum Insentif RM40,000 Kepada Sekolah Cemerlang STPM 2014

Kuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Razif bin Abdul Rahman mengumumkan insentif berjumlah RM40,000 kepada tiga buah sekolah yang mendapat Min Purata Nilai Gred Kumulatif (Min PNGK) melebihi 3.0 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2014 hari ini.
SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang mencatat Min PNGK 3.21 menerima insentif sebanyak RM20,000 selaku sekolah terbaik STPM di negeri Terengganu.
Selain itu, dua buah sekolah lagi iaitu SMK Putra, Besut yang mencatat Min PNGK 31.2 serta SMKA Durian Guling, Marang (Min PNGK 3.10) masing-masing menerima insentif sebanyak RM10,000.
Ahmad Razif berkata, insentif ini diberikan bagi memberi galakan kepada sekolah-sekolah lain dalam Negeri Terengganu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam.
Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Pengumuman Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Negeri Terengganu Tahun 2014 di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment