Thursday 5 March 2015

Dua rakyat Malaysia dalam video IS penggal tahanan

Facebook milik Abu Hamzah Al-Fateh.
KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang kini menyertai kumpulan militan IS dikesan berada di tempat di mana seorang tahanan dipenggal di Raqqa, Syria.
Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner, Datuk Ayub Khan Mydin, pada sidang media di sini, hari ini.
GAMBAR dari rakaman video di akaun Facebook milik Abu Hamzah Al-Fateh.
Pengesahan itu berdasarkan rakaman video berdurasi 30 saat yang dimuat naik seorang individu yang disyaki menganggotai kumpulan militan itu menerusi akaun Facebooknya pada 20 Februari lalu.
Melalui rakaman video di akaun Facebook milik Abu Hamzah Al-Fateh itu, seorang lelaki kelihatan di samping mayat tanpa kepala itu sementara seorang lagi merakam video berkenaan. -Berita Harian

No comments:

Post a Comment