PENGOTOR… itu sahaja perkataan paling sesuai untuk menggambarkan keperibadian pengusaha makanan yang langsung tidak menitikberatkan soal kebersihan.
Baru-baru ini, tersebar di laman sosial gambar seorang lelaki sedang memijak-mijak ikan bilis hingga memualkan tekak sesiapa yang melihatnya.
Perkara ini sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada kejadian tersebut berlaku di Malaysia.
Bagaimanapun menurut seorang sumber, gambar proses pembungkusan ikan bilis tersebut sebenarnya berlaku di negara jiran, Thailand.
Macam tak percaya rasanya melihat proses pembungkusan sekotor ini!
Mana tidaknya, selamba sahaja pekerja lelaki ini memijak makanan tersebut dengan memakai seliparnya.
Inilah jenis peniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kemudaratan kepada orang lain.
Begitu pun, masih ramai yang gusar sekiranya ikan bilis tersebut dieksport ke Malaysia.
Tidak dapat dinafikan, kemungkinan itu masih ada memandangkan barangan dari Thailand sememangnya banyak dijual di negara ini.
Apa yang boleh kita lakukan adalah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membasuh ikan bilis yang dibeli sebersih-bersihnya sebelum digoreng atau dimasukkan dalam masakan. -MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment