Wednesday 28 January 2015

Ahmad Said Dilantik Pengerusi Majlis Pembangunan Tasik Kenyir

                                   SYA_6355
Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan cenderahati kepada pemimpin masyarakat yang hadir di Kediaman Seri Iman, Batu Burok malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Tasik Kenyir (MPTK).
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman pada satu majlis bersama kepimpinan masyarakat Parlimen Kuala Nerus di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, malam tadi.
Semasa pembentangan Bajet 2015 awal Disember tahun lalu, Ahmad telah dinobatkan sebagai Bapa Pelancongan Negeri Terengganu di atas idea dan sumbangan beliau kepada sektor pelancongan negeri.
Menurut Ahmad Razif, pembangunan Tasik Kenyir seperti projek pulau bebas cukai, santuari Kelah, Kenyir Elephant Village dan Kenyir Island Hopping sebagai destinasi pelancongan menawan cukup sinonim dengan ADUN Kijal itu.
SYA_6007
“Saya telah berhubung dengan Dato’ Seri Ahmad Said dan melantik beliau sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Tasik Kenyir,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus pada majlis itu.
Hadir sama, Timbalannya, Dato’ Basir Ismail dan Naib, Apli Yusoff.
Sebelum itu, hadirin yang hadir turut membaca surah Yasin dan tahlil di atas kemangkatan Tengku Ampuan Intan Zaharah Almarhum Tengku Setia Raja.
MPTK yang ditubuhkan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bertujuan merangka strategi, menilai dan memantau program-program bagi menjadikan Tasik Kenyir sebagai tarikan popular pelancongan.- teganukita

No comments:

Post a Comment