Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman hari ini mengumumkan kerajaan negeri bercadang mahu membina dua buah lagi stadium hoki di atas kejayaan pasukan Terengganu Hockey Team (THT) menjuarai Liga Hoki Malaysia selepas menewaskan Sapura di Stadium Hoki MBKT semalam.
Cadangan pembinaan stadium hoki itu akan dibina di Gong Badak Kuala Nerus manakala sebuah lagi bakal dikenalpasti. Beliau berkata demikian ketika di sidang media di Sekolah Kebangsaan Sura Dungun selepas Majlis Berkhatan Beramai-ramai Anak Dun Sura.
Pemilihan Gong Badak sebagai lokasi stadium akan merancakkan lagi aktiviti sukan dengan kompleks sukan yang ada di situ iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan Stadium Tertutup Gong Badak.
Dengan pertambahan stadium hoki ini akan mejadikan Terengganu mempunyai 3 buah stadium iaitu yang sedia ada di Batu Buruk Kuala Terengganu. Diharapkan sukan hoki negeri mampu melangkah jauh ke hadapan.
Dalam pada itu bagi insentif kemenangan bagi skuad hoki THT akan diumumkan selepas berakhir Kejohanan Piala Liga Hoki Malaysia nanti.
No comments:
Post a Comment