Wednesday 10 December 2014

Doa Buat Adik Muhammad Izzsyraq Azraq


Adik Muhammad Izzsyraq Azraq disahkan menghidap penyakit Short Bowel Syndrome yang menyerang usus dalam badan.
Muhammad Izzsraq Azraq, mungkin ramai yang tidak mengenalinya tetapi di sebalik senyuman adik comel ini, tersimpan satu kedukaan dan ujian yang mungkin terpaksa ditanggung adik Muhammad Izz seumur hidupnya.
Adik comel yang berusia 1 tahun 8 bulan ini telah disahkan menghidap penyakit Short Bowel Syndrome.
Penyakit tersebut merupakan kes yang jarang berlaku lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak kecil, ia merupakan penyakit yang menyerang bahagian usus pesakit.
Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat ganjil ini.
Bagi kami, dia sangat istimewa kerana semangatnya sangat kuat dan ibu bapa kepada adik Izz ini sangat tabah dengan dugaan dari Allah.
Dilaporkan bahawa, setiap rawatan yang dilakukan untuk si pejuang kecil ni adalah masih di dalam kajian dan percubaan kerana penyakit tersebut masih tidak terdapat rujukan di Malaysia.
Kami di Mynewshub mendoakan semoga adik kecil comel Izz ini segera sembuh, Insya Allah.
Buat anda yang ingin mengikuti perkembangan lanjut, anda boleh lawati Facebook

No comments:

Post a Comment