Monday 22 December 2014

Buka tudung: Hamleys mohon maaf kepada Rosyam Nor

                            
                                         Hamleys dikecam orang ramai isu buka bertudung.
Semalam tersebar berita panas di Facebook selepas Rosyam Nor telah berkongsikan di facebook mengenai tidakan Hamleys One Utama yang meletakkan syarat untuk anak perempuannya supaya membuka tudung jika hendak bekerja di kedai tersebut.
Luahan hati Tailong Rosyam Nor yang tidak puas hati Hamleys mengenakan syarat membuka tudung jika ingin bekerja di situ.
Ia telah menjadi viral di Facebook dimana rata-rata pengguna media sosial tersebut menyatakan tidak berpuasa hati dengan hal ini dan ingin memboikot kedai mainan tersebut.
Hari ini pihak Hamleys Malaysia telah tampil memohon maaf dan menyatakan itu adalah tindakan pekerjanya yang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menjalan sesi temuduga untuk pengambilan pekerja baru.
Mereka berkata maklumat yang di sebarkan adaah tidak tepat dan bukanlah polisis syarikat itu.
Berikut adalah kenyataan pihak Hamleys Malaysia.


Salam Sejahtera Semua

Terima kasih kepada semua yang memberitahu pihak kami mengenai isu ini.
Kami tidak mempunyai sebarang polisi syarikat di mana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai hijab/tudung. Kami memang mengalu-alukan semua yang ingin bekerja untuk datang membuat permohonan kerja, tidak kira bangsa atau agama.

Setelah disiasat, memang salah seorang pekerja kami yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak betul kepada anak Datuk Rosyam. Tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja ini.

Pihak pengurusan serta semua pekerja di kedai kami dengan ikhlas ingin memohon maaf di atas isu ini. Kami berasa sangat kesal dengan insiden ini dan juga dengan apa yang telah tercetus disebabkannya. Diharap Datuk Rosyam serta anak gadisnya dan juga kaum Muslimin & Muslimah yang telah terguris dengan kejadian ini sudi merima permohonan maaf kami ini.
Yang Ikhlas
Pihak Pengurusan”

Permohonan maaf oleh Hamleys.
Apapun harap mana-mana syarikat di Malaysia lebih peka dengan keadaan ini demi menjaga keharmonian di negara kita-Siakapkeli
Pada masa yang sama, kami tertarik dengan komen-komen yang diberikan oleh para netizen.
Menurut mereka, jika bukan kerana Rosyam, mungkin perkara tersebut tidak akan mendapat perhatian pihak Hamleys.
Ada juga yang menganggap alasan ‘pekerja baru’ pihak pengurusan Hamleys tidak relevan dan hanya digunakan untuk menutup kesilapan pihak pengurusan itu sendiri. Mynewshub

No comments:

Post a Comment