Sunday 28 December 2014

Amphicoach Dijangka Siap Mei 2015

                               20110804162649-c3434769-me
Kenderaan amphicoach yang ditempah kerajaan negeri dengan kilang pengeluar kenderaan itu di Malta dijangka siap Mei 2015.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, proses untuk menyiapkan ‘bas amfibia’ itu mengambil masa antara enam bulan hingga setahun.
“Setakat ini, 50 peratus (RM1.3 juta) wang pendahuluan telah dibuat kerana itu adalah antara syarat pembelian.
“Apabila siap nanti, dijangka Menteri daripada negara Malta sendiri akan menyerahkan bas amfibia yang bernilai kira-kira RM3 juta sebuah itu kepada kerajaan negeri,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media mengenai perkembangan banjir Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut, hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhamad Pehimi Yusof.
Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menempah sebuah sahaja terlebih dahulu kenderaan tersebut.
Ia bakal menjadi satu tarikan baru kepada Terengganu sekali gus menambah kekuatan ekonomi dan pelancongan negeri.
Katanya, sehingga kini hanya terdapat 12 bas amfibia di seluruh dunia dan kilang pengeluar di Malta hanya menyiapkannya berdasarkan tempahan khas.
Selain dapat digunakan untuk membantu mangsa banjir dan tujuan pelancongan, pertukaran teknologi baru juga akan berlaku dengan pembelian bas amfibia yang akan memberi manfaat kepada pelajar dan mereka yang terlibat. - TK

No comments:

Post a Comment