Tuesday 9 December 2014

10 jam dibelasah 'suka-suka'

Kajang: Seorang lelaki yang diculik terpaksa menahan azab selama lebih 10 jam apabila 

dibelasah dan diseksa dengan besi, seterika panas dan kayu di sebuah pangsapuri di sini, 

minggu lalu.


Dalam kejadian jam 9 malam, 1 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Sani, 31, patah 


gigi, lebam muka dan badan selain terpaksa menjalani pembedahan tangan kiri akibat 

kejadian itu. 

Bapa kepada empat anak itu mendakwa diculik oleh tiga lelaki ketika sedang minum 


bersama rakannya di sebuah restoran berdekatan Taman Sungai Ramal, Kajang.


Menurutnya, sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer berhenti berdekatan restoran itu dan 

tiga lelaki yang keluar dari kereta berkenaan, mengarahkan dia masuk dalam kereta.

 "Saya enggan tetapi mereka tetap membelasah saya dan memaksa saya masuk ke dalam 

kereta," 

katanya ketika ditemui di kediamannya di Kajang, semalam. 

                  

Sumber : Oleh Mohd Rizal Abdullah

No comments:

Post a Comment