Monday 10 November 2014

Wanita maut dilanggar ketika hantar anak ke sekolah

Pelajar sekolah inilah yang melanggar seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah.

Satu kemalangan telah berlaku berhampiran SK Tengku Bariah di Kampung Pasir Panjang  Kuala Terengganu pagi tadi. Mangsa seorang wanita yang ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah dirempuh oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Tengku Bariah. Punca kejadian dikatakan suspek menunggang motor dengan laju sebelum merempuh mangsa. Wanita sempat menolak anaknya ke tepi jalan bagi mengelak anak yang berusia 12 tahun itu dirempuh. Anaknya dilaporkan turut cedera.

Inilah akibat menunggang motor dengan membabi buta yang telah mengakibatkan seorang wanita yang tidak bersalah meninggal dunia. Dalam sekelip mata sahaja budak lelaki kehilangan ibu tercinta. Al fatihah kepada mangsa semoga ditempatkan dalam kelangan orang beriman. Info Epa Poyo, gambar Info Roadblock Jpj.
  

No comments:

Post a Comment