Monday 10 November 2014

Guru Sebat Pelajar Malas Bangun Solat Subuh


Marah kerana tidak solat Subuh, sekumpulan 14 pelajar sebuah sekolah berasrama di Jalan Masjid Negeri di sini, dirotan warden sehingga meninggalkan kesan lebam serta berbirat pada pinggang serta pinggul kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 hingga 7.30 pagi itu, sebahagian besar daripada mereka pelajar tingkatan lima yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan akibat perbuatan warden itu, emosi mereka kini terganggu.
Difahamkan, kumpulan pelajar yang tinggal di asrama berkenaan tidak menunaikan solat Subuh di surau sekolah akibat kepenatan berikutan mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam.
Mereka kemudian dihukum empat kali rotan oleh warden, namun pengawas sekolah yang turut tidak menunaikan solat Subuh dikenakan lapan kali rotan hingga meninggalkan kesan lebam di pinggang serta pinggul.
Kejadian itu sempat dirakam ketua asrama kerana dia dikatakan tidak tahan melihat rakan-rakannya dirotan.

No comments:

Post a Comment