Tuesday 25 November 2014

SPRM Siasat Laporan Perlombongan Bijih Besi di Terengganu

                     IMG-20141124-WA0015

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan dakwaan yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan China bahawa beliau mendapat hak untuk menjalankan operasi di lombong bijih besi Bukit Besi yang diperolehinya melalui hubungan rapat dengan ahli-ahli politik dan juga kerabat diraja negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dakwaan yang dibuat oleh Li Yang yang mendakwa menjadi pengerusi CAA Resources dan disiarkan di dalam artikel New York Times, adalah “satu pembohongan, fitnah dan tidak berasas”
“Kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran kepada syarikat ini, CAA Resources untuk menjalankan aktiviti perlombongan di Bukit Besi, sama ada secara langsung atau melalui syarikat yang berbeza.
“Syarikat ini juga tidak pernah diuruskan oleh Pejabat Tanah negeri atau pun Lembaga Tabung Amanah Negeri Terengganu yang telah diberi kepercayaan untuk menjaga dan menguruskan kawasan perlombongan di Bukit Besi”
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri menyambut baik langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan tersebut dan menambah bahawa beliau juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.
Sidang Media Berkenaan Isu Fitnah Yang Dikeluarkan Oleh New York Times bertajuk :Chinese Interests Look To Malaysia For Iron Ore And Profits
Sidang Media Berkenaan Isu Fitnah Yang Dikeluarkan Oleh New York Times bertajuk :Chinese Interests Look To Malaysia For Iron Ore And Profits

No comments:

Post a Comment