Kerja membaik pulih sementara jalan yang rosak teruk akibat banjir di Pantai Batu Rakit sedang dilakukan bagi mengelakkan urusan harian penduduk di kawasan itu terjejas.
Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil masa kira-kira seminggu bagi membaiki jalan yang mendap dan membina sistem perparitan sementara.
Menurutnya, kerja baik pulih sepenuhnya akan dilakukan selepas berakhirnya musim tenkujuh dan cuaca baik sepenuhnya.
“Hujan lebat berterusan di kawasan ini mengakibatkan sistem perparitan tidak dapat menampung air yang banyak dan deras.
“Kita telah usahakan agar jalan harian yang digunakan oleh penduduk kawasan ini terus dibaiki segera bagi memudahkan urusan orang ramai,” katanya.
Bazlan berkata, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM200,000 bagi tujuan itu.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman turut melawat kawasan terlibat.-Teganukita
No comments:
Post a Comment