Sunday, 16 November 2014

Fosil dinosaur Di Tasik Kenyir Bakal Beri Impak industri Eko-Pelancongan Negara

Ahmad Razif mendengar penerangan dari pegawai.

Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 yang dilaksanakan  sekumpulan penyelidik membuahkan hasil apabila kumpulan ini menemui beberapa fosil dinosaur yang dipercayai telah hidup di muka bumi ini antara 210 juta  tahun hingga 66 juta tahun lalu.

Fosil dinosaur yang dijumpai disekitar sungai chincir hulu Terengganu itu adalah yang pertama dan antara penemuan yang terbesar  diMalaysia.
Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abd Rahman hari ini memberitahu sekumpulan penyelidik dari universiti tempatan iaitu UKM,UM,UTP dan UKM itu  telah menemui fosil tulang dinasour tapak kaki, tulang dan gigi di taman negara ,Gunung  Gagau Tasik Kenyir.
“ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik daripada beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu”
                                                  
“Kita sebagai rakyat Terengganu gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambah ke arah usaha kita mewujudkan Geopark Tasik Kenyir,”
Selain daripada itu   sekumpulan penyelidik  penemuai  fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.
“Selain itu, penyelidik turut menemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.
“Selepas berpenat lelah meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya kita menemui penemuan yang menggembirakan.
Saya amat berbangga dengan penumuan Fosil Dinosour   dinegeri ini yang bakal memberi impak kepada eko-pelancongan negara,katanya ketika sidang media diadakan diWisma Darul Iman hari ini.

No comments:

Post a Comment