Thursday 21 August 2014

TERENGGANU POWER WEH...

Penyu bangkit dari kekalahan pertama perlawanan Piala Malaysia  pada 13 Ogos yang lalu dengan mengaibkan ‘Lang Merah’  2-3 dihadapan penyokong setianya   di Stadium Darul Aman Alor Setar dalam saingan kumpulan B.

The Silent Killer Terengganu Mohd Ashaari Samsuddin meledak gawang ‘Lang Merah' dengan dua jaringan pada minit ketujuh dan 45'.

Tuan rumah memperkemaskan permainan diawal  separuh masa kedua  dengan jaringan pemain import, Billy Mehmet Osman pada minit ke-47 manakala Baddrol Bakhtiar menyamakan kedudukan 2-2 menerusi jaringan pada minit ke-60.

Namun pemain import  Mario Karlovic mengesahkan kemenangan pasukan Terengganu dengan jaringan ketiga buat skuad 'Peteh' pada minit ke-74 serta berjaya mengutip tiga mata penuh.

Manakala dalam satu lagi saingan kumpulan D, T-Team meraih tiga mata selepas mengalahkan pasukan Sime Darby 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu.

The Titans  ketinggalan pada mimit ke 44 dengan jaringan penalti  pemain import Sime Darby, Dilshod Sharofetdinov.

T-Team bangkit dengan memgunakan sepenuhnya percaturan pada babak kedua dengan  menyamakan kedudukan menerusi Leandro Dos Santos pada minit ke-57 sebelum Ramzul Zahini Adnan mengesahkan kemenangan tuan rumah pada minit ke-82.

No comments:

Post a Comment