Saturday 20 October 2012

Etika

Definisi Etika :
Etika merupakan satu sistem kepercayaan berdasarkan kepada moral dan tingkah laku manusia sama ada baik atau pun buruk. Perkataan etika berasal daripada bahasa greek iaitu 'ethos' yang bermaksud perangai.

Etika terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
1 ) etika meta (meta ethics)
2 ) etika normatif ( normative ethics)
3 ) etika gunaan (applied ethics)

 Etika Meta (Meta Ethics).
--> Meta bermakna pandangan disebalik mata kasar iaitu melibatkan hal-hal berkaitan dengan ghaib. Ia melibatkan metafizikal,psikologikal dan linguistik serta tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
-->Islam ataupun addin ialah sistem kehidupan manusia yang syumul,lengkap dan sempurna.
-->Terdapat contoh-contoh tanggungjawab yang wajib kepada semua umat Islam.Antaranya ialah:
  • Tanggungjawab sebagai hamba Allah (tuhan kepada umat Islam).
  • Tanggungjawab sebagai khalifah (umat) Allah.
  • Tanggungjawab dakwah.

 Etika Normatif (Normative Ethics).
merupakan kritikan dan penilaian yang dilakukan terhadap etika moral serta dicadangkan satu sistem yang standard untuk semua manusia kerana akal manusia berbeza-beza antara satu sama lain. 
Terdapat banyak teori yang diguna pakai dalam etika ini untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan tingkah laku manusia.
Antara teori yang banyak digunakan ialah:
  • teori deontologikal - penilaian berdasarkan tindakan.
  • teori teleologikal - penilaian berdasarkan kesan tindakan

Etika Gunaan (Applied Ethics).
Merupakan etika yang membincangkan tentang isu-isu dalam kehidupan manusia seperti isu perniagaan,pengurusan,perubatan,alam sekitar,sosial,seks dan sebagainya.

Aliran-Aliran Etika.
Terdapat tiga jenis aliran dalam etika kehidupan manusia.Antaranya ialah:
  • Utilitarianisme - menegakkan fahaman bagi segala keputusan yang dibuat.
  • Hedonisme - mendapat kelazatan hidup yang maksimum.
  • Eksistensialisme- moral berpaksikan kebebasan.

Definisi Akhlak:
Merujuk kepada perangai atau sikap yang menyenangkan,lemah lembut dalam pergaulan,wajah berseri dengan senyuman baik percakapan (Al-Mawardi,2000) & (Yaficie,1961) dan sebagainya.

Cara Membentuk Akhlak Yang Mulia:
  • Dibentuk melalui latihan dengan bersungguh-sungguh.
  • Dipupuk dengan rap dan subur dalam jiwa seseorang insan.
  • Memfokuskan kepada adab-adab seharian manusia.

Faedah Berakhlak Mulia.
  • Disayangi oleh Allah S.W.T.
  • Meningkatkan martabat seseorang disisi Allah S.W.T.
  • Boleh mencapai cita-cita.
  • Sebagai jalan yang mudah untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T

Kesan Daripada Akhlak Buruk:
  • Pintu rezeki menjadi sempit.
  • Sentiasa bimbang,resah dan gelisah dalam kehidupan.
  • Kehidupan menjadi tidak tenang.
  • Memberi kesan yang buruk kepada diri sendiri dan orang lain.

Gaya Pembentukan akhlak Oleh Imam Al-Ghazali:
  • Sentiasa bergaul dengan guru dan mematuhi segala nasihat yang diberikan oleh guru.
  • Mencari teman yang dapat menegur tindakan yang buruk.
  • Mendengar dan menilai kekurangan diri yang dilontarkan oleh pihak musuh.
  • Bergaul dengan orang ramai dengan mengawasi tindakan yang cela dan mengambil pelajaran untuk membaiki diri sendiri.

Kesimpulan.
Adab dan akhlak saling berkaitan dalam mewujudkan dan mendisiplinkan manusia dlam kehidupan seharian.Orang yang berakhlak baik dan mulia akan dihormati,disanjungi dan disayangi oleh orang lain,malaikat,rasul dan juga Allah S.W.T



Sekian terima kasih.
Renung-renungkan dan selamat beramal =)


No comments:

Post a Comment