Sunday 17 January 2016

Selepas Jordan, 600 pelajar di Mesir pula terima zakat

pelajar mesir


Selepas 391 pelajar anak Terengganu di Jordan menerima zakat RM1000 seorang, semalam lebih 600 orang pelajar di seluruh Mesir pula mendapat zakat yang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis perjumpaan pemimpin bersama mahasiswa.
Majlis yang berlangsung dalam suasana santai dan mesra itu diadakan di Bangunan Abbasiyah di bandar Cairo Mesir jam 6 malam waktu tempatan.
Ahmad Razif kemudian dibawa melawat ke asrama pelajar Terengganu di Hayyu Asir Cairo dan Mansurah telah diberi taklimat mengenai kerosakan yang berlaku di kedua-dua bangunan asrama tersebut.

69eb6997-cd96-4495-a1e8-2bd3c08fc692
Hadir sama dalam lawatan ini isteri beliau To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas serta pegawai kerajaan negeri.
Selain daripada itu, beliau juga diberitahu tentang proses pembelajaran pelajar di Mesir oleh pegawai pentadbiran pelajar.
Lawatan Ahmad Razif dan kepimpinan kerajaan negeri jelas memperlihatkan kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat khususnya para pelajar bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara selaras dengan Prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar iaitu Memperkasa Pendidikan.

6eb3ae53-6ff3-474e-bde5-37db7ec2e24b

No comments:

Post a Comment