Wednesday 6 January 2016

Pegawai EIO tidak disambung kontrak boleh buat rayuan – MB

Ahmad Razif melawat kawasan perumahan Kampung Padang Luas Jerteh Besut petang tadi.
Ahmad Razif melawat kawasan perumahan Kampung Padang Luas Jerteh Besut petang tadi.
Pegawai EIO tidak disambung kontrak boleh buat rayuan – MB

Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) yang tidak disambung kontrak sejak 31 Disember 2015 boleh mengemukakan rayuan kepada TOP IT bagi dinilai semula prestasi semasa mereka.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rayuan mereka akan dinilai oleh panel penilai Top IT berdasarkan prestasi kerja mereka sebelum ini

‘Mereka boleh membuat rayuan dan kita akan lihat balik (prestasi) mereka’

‘Kita buat penilaian berdasarkan KPI iaitu 60 peratus daripada (laporan) penyelia dan 40 peratus oleh CEO Top IT sebagai penilai kedua.’

‘Jika markah mereka di bawah 50 peratus maknanya mereka tidak layak termasuk dari segi disiplin’.

Menurut beliau, prestasi pekerja yang bertaraf ad-hoc akan dinilai setiap 3 tahun dan mereka perlu menunjukkan prestasi yang terbaik untuk disambung dan jawatan ini sama seperti pekerja T-Gas yang mempunyai kontrak selama 6 bulan.
Ahmad Razif berkata demikian selepas membuat lawatan kerja di Taman Perumahan Padang Luas Jerteh Besut hari ini.
Turut hadir Adun Hulu Besut merangkap Ketua UMNO Bahagian Besut YB Nawi Mohamad, Adun Kota Putera Mahdi Musa, Adun Kuala Besut YB Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan pegawai-pegawai kerajaan.
Sementara itu beliau menafikan kenyataan yang mengatakan pegawai EIO dan TSO adalah diberhentikan tetapi kontrak mereka adalah tidak disambung.

‘Dia bukan perberhentian tetapi jawatan mereka adalah ad-hoc iaitu kontrak setahun ke setahun dan kita  melihat dari segi prestasi’.

‘Kita sekarang dalam proses menyerap pegawai yang berpotensi dan berprestasi tinggi, kita tidak mahu mereka berjawatan ad-hoc selama-lamanya’.

‘Tidak sebab kalau dinyatakan bahawa tidak ada notis sedangkan apabila tawaran diberikan  mereka sudah tahu setiap 31 Disember (kontrak) mereka akan ditamatkan dan penyambungan bergantung kepada prestasi’.

‘Kita nak serap mereka dalam jawatan lain seperti sebahagian akan diberikan tawaran sementara dan ada yang ditetapkan’.

‘Kita utamakan mereka dulu untuk diserapkan sebelum beri tawaran kepada orang lain, mana-mana ada kekosongan di pejabat kerajaan negeri dan GLC dan sudah ada ditempatkan di Pejabat DUN, Pejabat Daerah dan GLC.

No comments:

Post a Comment