Thursday 31 December 2015

Pelayar MSNT B juarai Monsoon Terengganu Cup 2015

PASUKAN Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu memenangi tempat pertama dalam kategori Tourism Cup 2015 sempena Monsoon Cup Terengganu 2015 yang berlangsung di muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong. 


KUALA NERUS: Pasukan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) B muncul juara kategori Piala Monsoon Terengganu Cup 2015 yang berlangsung bermula Sabtu lalu dan berakhir di Duyong Marina Resort, Pulau Duyong, sebentar tadi.
MSNT B yang diketuai Timbalan Pengarah, Ibni Amin Busu menewaskan pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu yang meraih tempat kedua manakala ketiga disandang, MSNT A.
Kejayaan MSNT B membolehkan mereka membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM6,000 manakala SUKMA Terengganu (RM4,000) dan MSNT A (RM3,000).
Bagi kategori Piala Pelancongan dimenangi pasukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) yang membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM5,000.
Tempat kedua dimenangi MSNT dengan hadiah wang tunai RM2,000 manakala Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) di tempat ketiga meraih RM1,000.
Semua hadiah disampaikan Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK), Datuk Osman Muda. Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong.
Sementara itu, Osman berkata dua kategori dipertandingkan iaitu Piala Pelancongan yang membabitkan penyertaan daripada jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) pelancongan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Beliau berkata, pihaknya membuka penyertaan kepada pihak swasta dan agensi berkaitan negeri bagi kategori Monsoon Cup Terengganu.
“Monsun Cup Terengganu ini adalah permulaan buat kita menjayakan sukan pelayaran selepas Monsoon Cup tidak lagi diadakan di negeri ini.
Kita bercadang, mulai tahun depan akan memperluaskan penganjuran ke peringkat kebangsaan,” katanya. -bh

No comments:

Post a Comment