Tuesday 29 December 2015

BANJIR ::: 1,534 Mangsa Banjir Di Pindahkan – 28 Pusat Pemindahan

IMG_20151229_093410

Perkembangan terkini bencana banjir negeri Terengganu yang dipetik dari Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bilik gerakan banjir negeri yang di ketua Jabatan Pertahanan Awam Malaysia(JPAM) negeri mencatatkan peningkatan perpindahan mangsa banjir.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila seramai 1,534 orang daripada 440 keluarga ditempatkan di 28 pusat pemindahan. 

Sehingga pukul 9.30 pagi ini, Bilik Gerakan Bencana Negeri melaporkan, Daerah Kemaman mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 991 orang daripada 243 keluarga melibatkan 15 pusat pemindahan. 

Ini diikuti Daerah Hulu Terengganu yang merekodkan 347 mangsa banjir daripada 139 keluarga di 8 pusat pemindahan. 

Sementara itu, 4 pusat pemindahan dibuka di Daerah Dungun yang menempatkan 188 mangsa daripada 56 keluarga. 

Di Marang, 8 mangsa daripada 2 keluarga masih berada di pusat pemindahan Dewan Sivik Pekan Wakaf Tapai. 

Pusat pemindahan banjir JKKK Padang Kubu, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 282 orang daripada 69 keluarga. 

Laporan itu turut memberitahu, 3 sungai telah mencapai paras amaran iaitu Sungai Dungun di Kuala Jengai; Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman.  

Bilik gerakan banjir kini beroperasi 24 jam dan orang ramai boleh menghubungi talian 09-6236655 atau 09-6236644 bagi mengetahui perkembangan banjir di negeri ini.

No comments:

Post a Comment