Sunday 4 October 2015

Sekolah Seluruh Semenanjung Cuti Pada 5 dan 6 Oktober – Menteri Pendidikan

cti

Kementerian Pendidikan hari ini mengarahkan sekolah-sekolah di seluruh negara kecuali Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak ditutup dua hari bermula esok berikutan keadaan semasa jerebu.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sesi petang persekolahan di Kedah, Terengganu dan Johor hari ini juga diarah dibatalkan.
“Kementerian akan memantau situasi jerebu di Kelantan, Labuan, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau turut mengumumkan bahawa sesi persekolahan yang ditutup itu tidak perlu diganti.
“Arahan ini membabitkan semua warga sekolah termasuk guru dan kakitangannya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Info Tambahan :
Pengumuman: Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sesi persekolahan petang bagi Kedah, Terengganu dan Johor pada hari ini, 4 Oktober 2015 ( Ahad ) turut perlu ditutup. Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah.
2. Sekolah-sekolah terbabit TIDAK PERLU menggantikan persekolahan mereka akibat penutupan ini.
3. PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu.

No comments:

Post a Comment