Monday 5 October 2015

Sasar Kumpul RM300,000 Untuk Gaza

4 (6)
Aman Palestin Berhad dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu mensasarkan RM300,000 sumbangan sepanjang sembilan pertama tahun ini, hasil kutipan daripada syarikat ternama dan individu.
Syarikat itu, termasuk Syarikat Air Terengganu, Permint Granite, Kumpulan LIZIZ, Mohd Sifian & Co, Roadcare (M) dan tidak ketinggalan Universiti Malaysia Terengganu Projek kebajikan yang dilancarkan awal 2013 itu mendapat perhatian pelbagai pihak di mana setiap tahun berjaya mengutip ratusan ribu hasil derma untuk disalurkan kepada rakyat Gaza Palestin.
Pengerusi Program memerangkap Penyelidikan, Jaringan Industri, Alumni UiTM, Prof Madya Dr Mazidah Puteh, berkata pihaknya mengambil inisiatif mengumpul dana untuk tabung Gaza bagi membiayai projek pembangunan semula Gaza.
“Pihaknya sedaya mungkin berusaha mengumpul seberapa banyak sumbangan bagi tujuan itu untuk membina pelbagai kemudahan seperti sekolah, masjid, rumah kediaman dan hospital,”katanya
Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Teh dan Ramah Mesra di Duyong Marina, Kuala Terengganu.
Majlis yang dihadiri isteri Menteri Besar To’ Puan Halina Zakaria itu bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos pembinaan Masjid Al Shafie di Gaza - TEGANUKITA

No comments:

Post a Comment