Monday 12 October 2015

Issey Nakajima ledak 2 gol bantu Terengganu ikat Kelantan


       Issey Nakajima Farran muncul wira Terengganu selepas menjaringkan dua gol untuk membantu Terengganu mengikat 
                                                                           Kelantan 2-2 malam tadi.


Issey Nakajima berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan ketika pertemuan antara Terengganu dan Kelantan di Kota Bahru pada bulan Ogos yang lalu, iaitu menjaringkan gol ketika aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad malam tadi.
Pemain antarabangsa Kanada itu berjaya menggegar gawang sebanyak dua kali pada minit 35 dan 44.
Gol pertama Nakajima hadir pada minit ke-35 melalui sepakan penalti untuk mengikat kedudukan kepada 1-1 selepas Fakri Saarani sekali lagi berjaya menemui sentuhan gol ketika bertemu Terengganu.
Beliau juga menjadi pembuka jaringan di minit pertama ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super pada bulan Ogos tersebut.
Namun kedudukan 1-1 itu tidak kekal lama kerana Kelantan sekali lagi berjaya mendahului hanya seminit berselang selepas jaringan Nakajima menerusi Jonathan McKain.
Seminit sebelum tamat separuh masa pertama Nakajima berjaya mengegar gawang Kelantan sekali lagi untuk mengikat kedudukan sekali lagi.
Tiada jaringan berjaya dilakukan di separuh masa kedua dan perlawanan tamat dengan keputusan seri 2-2.
Pasukan Terengganu kini yang mengumpul 1 mata dalam kempen Piala Malaysia dan akan menentang Kedah di gelanggang sendiri Sabtu ini. -tfa.my

No comments:

Post a Comment