Thursday 15 October 2015

6 jenazah kemalangan LPT2 Perasing selamat dikebumi

    PUTERI Nabilah Azaman, 19, menyiram air mawar ke atas pusara bapanya Azaman Ramli di Tanah Perkuburan Islam                                                                 Kampung Raja Baram, Chendering, 3 pagi tadi.

KUALA TERENGGANU: Enam mangsa kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), kelmarin, selamat dikebumikan di tanah perkuburan di sini, dan di Besut, awal pagi tadi.
Jenazah Azaman Ramli, 49, dan dua anak lelakinya, Aliff Hakim, 12, dan Aliff Hateem, 16, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Chendering, di sini, pada jam 3.45 pagi.
Mereka disemadikan di sebelah pusara bekas isteri Azaman iaitu Rohana Muhammad, yang meninggal dunia dua minggu lalu.
Pengebumian dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan dan jiran Allahyarham.
Sementara itu, jenazah isteri Azaman iaitu Noor Akmal Mohd Zain, 49, dan anak perempuannya bersama bekas suaminya, Noor Amira Syahirah Alias, 22, serta anak angkat, Aqeel Muslim Abdullah, 3, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Lintang, Besut, kira-kira jam 11 pagi.
NAHAS di Kilometer 258.8 LPT2, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Perasing, Kemaman semalam.
Semua mangsa terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 258.8 LPT2, berhampiran Hentian Rehat & Rawat Perasing, Kemaman.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari selepas kereta Toyota Camry yang mereka naiki merempuh sebuah treler.
Semua mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, disahkan meninggal di tempat kejadian. -BH

No comments:

Post a Comment